Kerjaya Norreen Iman

Norreen Iman memulakan kerjaya awalnya sebagai pengurus akaun dan ejen insurans, seterusnya menjadi peniaga nasi lemak. Beliau kemudian menempa nama sebagai personaliti media sosial.

Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri drama Pelindung Seorang Puteri (2020) yang dibintangi oleh pelakon senior, Farid Kamil dan Lisa Surihani. Ini kemudian diikuti oleh 2 drama TV lakonannya pada tahun berikutnya, Rindu Awak Separuh Nyawa sebagai Qistina dan Jangan Ganggu Jodohku sebagai Shahida serta telefilem Delen sebagai Cupak.